Ramadhan al-Mubarak :)

date ; 31 of july '12
time ; 04.15 p.m malaysia ^^v





Assalamualaikum semua :) *senyummanis* sihat? alhamdulillah! hemhem walaupun orang lain dah berabad lamanya update blog diaorang untuk Ramadhan tapi tak terlambat lagikan untuk kte pula ucapkan SALAM RAMADHAN ALMUBARAK MUSLIMS ! *lovelovelove* kay tibatiba nak love bagai haha :/ alhamdulillah hari ni masuk 11 ramadhan 1433h , jadi dah 11 hari berpuasa :) macam mana? bestkan? tarawih macam mana? penuh tak? ke ada yang ponteng sebab perut senak ? hihi! eh tu dah siap shopping raya tuu wah lajunya :D baru 1/3 ramadhan kot haha kata orang konon , kte pun lagi berapa hari pergi shopping raya yei *lompatbintangcomel*

hem! nak tegur sikit kepada muslimah sekalian :) kalau awak ada twitter , fb atau apa pun , tolonglah jaga kehormatan diri dan maruah sendiri kay ! bukan apa , kalau ABC / tak boleh puasa pun janganlah nak bagitahu satu dunia yang awak tu tak boleh puasa sebab datang bulan ! malulah :'( duduk diamdiam , sendiri tahu sudahlah!*nohaters* sekadar teguran untuk diri sendiri juga ..

semoga amalan kte semua berterusan di bulan yang mulia ni kay! mari kaut pahala yang banyak ramairamai :) semua kebaikan bergandaganda pahalanya ! apa tunggu lagi ? *wahmacampromosiraya* hihi ! eh bulan puasa ni mari kte samasama belajar untuk jadi yang lebih baik kay! bukan di bulan ramadhan je kte jadi baik tapi INSYAALLAH untuk selamanya aminn :D





selain itu, HAPPY BIRTHDAY JAFRIE JAILANI :) wah bestkan sambut birthday bulan puasa? haha insyaallah semua yang along hajat akan dipenuhi INSYAALLAH ! semoga berjaya dunia akhirat, semoga menjadi muslim yang sejati ISYAALLAH , semoga sentiasa kuat dan semua yang baikbaiklah hihi


selamat berpuasa semua! selamat berbuka semua! selamat bersahur semua! hihi :) salam

xoxo;
athrh lani

rezeki :)

date ; 14 of july '12
time ; 10.50 p.m malaysia ^^v

assalamualaikum kawankawan semua yang comelcomel belaka melaka hihi :) apa khabar semua? demam? batuk? takde suara? kesiannya! minum air masak banyakbanyak kay awak! hem semalam semua budak diploma tahu hala tuju masingmasing untuk sambung degree ! sep semua kawankawan! seronok ye? alhamdulillah :')

padahal semua orang dok sibuk tanya kawankawan update dekat twitter , fb , blog bagai kan? kte baru nak bagitahu korang hari ni :( jangan marah ye awak! hik! first, alhamdulillah dengan apa yang dapat ni , tak tahu nak describe macam mana perasaan ni syukur sangat! kte dapat dekat sini jeng jeng jeng berdebar tak? lub dup ? hihi :)



tahniah dekat diri sendiri :) bagusnya awak athirah eh NUR! *usapkepala* padahal result biasa je kan? haha :') sebenarnya angah kte pun dekat UPM for microb and me biotech ! tapi paling best both of us in the same kolej which is kolej enambelas yeppi! *lompatlompat* harapharap dapat bilik dekat dengan bilik angah yei! aminn :)

erm dekat rumah ni dengar je lah taklimat panjang dari angah haha kelakar! angah paksa masuk tu masuk ni and siap warning yang orientasi nanti ada orang tu nak buli kte haha kay buat muka takut sangat sambil gigil gigit jari ! redha je lah bila kena buli minggu orientasi nanti ye NUR haha terimakasih atas ugutan! hah! ayahibu siap nak belikan kereta untuk kteorang supaya senang bergerak duadua nanti haha angah sukalah dapat kereta tapi sorry kte tak hebat pun bawa kereta ni gabra je lebih macam mana lah nanti angah oi! huk :'(

tadi dah download semua borang dari UPM tapi tak baca lagi hik :) dan dah mula listkan barang keperluan untuk ke sana ! lajukan kte? biar beli sikitsikit kan! ayahibu pun seronok kte dapat dekat UPM sebab senang nak melawat haha !





oh lupa nak cakap! tahniah kawankawan yang dapat tawaran hebathebat and goodluck kay! fighting :)pada yang dapat universiti hebathebat jangan bangga mendada je! ingat semua ni rezeki dan yang dapat biasabiasa macam kte jangan putus asa ini rezeki masingmasing dan berusaha untuk terbaik kay! semoga semua berjaya amin! okaylah nanti kte cerita lagi kay! esok sibuk sikit hihi nanti kte cerita haha :) kay selamat malam mimpi kan kte semua haha :) takecare! salam semua!





erm semoga NUR dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan mendapat ramai kawan kelak! semoga NUR berjaya dengan cemerlangnya di UPM kelak! semoga angah jaga NUR dengan baik di sana kelak :) semoga dipermudahkan semuanya aminn aminn ♥

sikit jee :)

date ; 15 of july '12
time ; 10.10 p.m malaysia ^^v

assalamualaikum kawankawan semua! semua kawankawan kte haha :) awak apa khabar? sihat? alhamdulillah! sekolah macam mana? study okay? lecturer okay? kay banyak sangat tanya kan? rinduuu! haha kay melampau! dah lama tinggalkan blog tibatiba nak rindumerindui kemain huk sorrylah tak tahu nak taip apa :(

erm mulamula kte nak ucapkan SALAM NISFU SYAABAN MUSLIMS! saudarasaudara saya semua! jadi kte share lah sikit tentang nisfu syaaban kay! meh baca ramairamai oppa! kay tibatiba *hantukkepaladekatlappy*







Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

MALAM NISFU SYAABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”

Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.


PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN

Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.



akhirnya athirah , berjaya juga membuang habuk yang tebal di sini sep tangan kanan dengan tangan kiri yei ! haha kay awak , kte nak tidur dah! awalkan? mestilah hikhik :) assalamualaikum selamat malam! takecare :) hah along selamat menjawab final exam tuu! mesti dapat result baik punya macam acik kay lepas tu kte boleh shopping samasama hik insyaallah semua dipermudahkan! amin :D angah pula? selamat bergembira di rumah angkat awak di johor! have fun kay :) bye semua!

xoxo;
athrh lani