be first then you can ask :)

date ; 11 of dec '12
time ; 05.10 p.m malaysia ^^v

Assalamualaikum semua dan selamat petang :) sihat? macam mana kehidupan? seronok? sedih? terlalu bahagia? amboi kemainkan sekarang sombong tak datang melawat hii kay mengada :D *tariknafasdalamdalam* sebenarnya memang malas nak update ini belog , kalau boleh nak biar jee tapi sayang pula nak biarkan belog ni terbiar dan tidak terurus huk *ciumscreen* :) hari ni hari yang agak suram kot ditambahkan lagi dengan hujan dan udara yang sejuk.

eh nak bagitahu ni, hari ni kte cuti atau lebih tepat selangor cuti yay! seronok pula jadi rakyat selangor kan :) kte bangun awal solat subuh then tak tidur terus. dah lama tak hirup udara pagi cuti sedappp! mesti terkejutkan kenapa bangun awal? sebab kte dah siapsiap pakai pakaian yang blinkblink then tibatiba tak jadi, tukar pakai baju blankblank. takpe, kte okay jee *laphingus* ewww :P

hari ni kte jadi penasihat awak boleh? ala bolehlah , bukan selalu pung :'( taknak ke? alololo please awak *kelipkelipmatacomey*  hem boleh mula dah ?

kepada hadirin dan hadiran sekalian , di petang hari selasa yang mendung lagi sejuk ini , saya ATHIRAH LANI nak cakap dengan awak ni. dengan awak je. orang lain tak tahu hii :D





gambar sebagai pembuka selera haha nampak tak betapa laparnya kte :(
okay balik ke tajuk asal hii , kadangkadang kte tak perasan yang sebenarnya kte dah menyakitkan hati orang yang berhampiran kte boleh jadi ibubapa , adikberadik, rakan karib, rakan tak karib , jiran dan siapasiapa je lah kan? mungkin katakata kte? atau mungkin tindakan kte yang menyakitkan orang tersebut?

ye memang betul manusia semua tidak sempurna , dan tiada yang sempurna di sini. tapi bukan kesempurnaan  yang kte nak kan? kalau boleh kte nak kawan yang memahami , kawan yang ada di sisi ketika susah dan senang , boleh bawa berbincang , boleh tegur kte bila kte buat salah . Kte yang sebagai kawan ni pula jangan lah sikitsikit nak 'sentap' sikitsikit 'merajuk' tak tegur spoloh hari.. kte kenalah terima dengan hati terbuka, fikir dulu , jangan melenting ikut suka hati. Awak ingat orang lain suka bila awak melenting tibatiba, moody tibatiba macam tu?lagi orang menyampah adalah kot. Awak kena fikir apa yang kawan awak nasihatkan , mungkin ada baiknya , dan mungkin saat itu awak perasan dan mulalah monolog dalaman "a'ahlah aku baru perasan yang aku ni cam gini cam gini , kalaulah dia tak tegur aku mungkin selamanya aku tak tahu" jadi terimakasih dan syukurlah awak ada kawan macam tuu ye :)

kte dekat dunia ni jangan nak demand sangat bila mencari kawan , apa yang penting kte diri sendiri tu yang perlu menjadi apa yang kte nak cari pada diri seseorang. kalau kte nak kawan yang baik , yang pertamanya kte kenalah baik :) bukannya nak kawan baik tapi kte Ya Allah jahat yang amat amat. Siapalah yang nak jadi kawan kte kan? oleh yang demikian , cepat listkan ciriciri kawan yang awak nak dan awak siapkan diri seperti mana yang awak listkan in shaa Allah awak dapat kawan yang seperti mana awak nakkan hii :) kan ayat dah berterabur.

awak pastinya nak kawan , adikberadik , ibubapa yang pandai jaga hati awak kan? kalau mereka dah usaha dan awak tak pernah hargai , awak ingat diaorang tak penat ke? woii, penat kot nak jaga hati orang lain! cuba kau buat sekali. kay kay emosi , sorry kawankawan :O oleh itu, awak kenalah hargai segala pengorbanan dan usaha yang mereka lakukan sematamata nak awak gembira , tak rasa keseorangan. Tolonglah jangan pernah awak buang mereka tika awak dah ada kawan dan teman yang awak jumpa. Tolonglah, pedih kot ulu hati .kalau makan 'gaviscon' tak mampu nak kurangkan pedih tersebut. Awak kenalah peka dengan keadaan sekeliling , jangan pernah ambil mudah dengan apa yang terjadi. kalaulah orang tu kuat , boleh tahan lagi dengan apa yang awak buat terhadap dia, baguslah. tapi bukan senang woi. tapi kalau dia dah tak tahan sebab dia je asyik jaga hati awak, awak rasa apa yang patut dia buat? mungkin tinggalkan awak macam tuu je?

okay  rasanya dah banyak sangat mak membebel ni.kan dah jadi makmak :'( kte harap sangat takde yang terasa dengan katakata kte ye. Niat dihati nak kongsi apa yang patut , tidak terlintas nak memerli mahupun mengata *peace* :) ambil yang baik sebagai panduan , dah kurang baik sebagai sempadan wow peribahasa masih kemas terselit di otak , bagus nya athirah wuuuu :P


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya”.


pehal? 

kay final lagi 3minggu , semoga dipermudahkan untuk semua dan cemerlang 4flat aminn :) jaga diri , jaga kesihatan , jaga hati . moga selalu di bawah lindungan Allah swt . selamat menikmati juadah petang. nak!!! salam awak  


xoxo;
athrh lani