Dapur Mama, Bangi Selangor ♥

26/07/2017; 10.30am






Assalamualaikum hi dah habis dah bulan syawal tahun ini (sempat puasa enam ke kome?), kaktyra nak sembang fasal makanan lagi yay! hihihi Siapa orang Pahang sini? Belajar dekat Pahang? Mesti tahu Nasi kukus Mama dekat Teluk Chempedak, kan? Adik kaktyra study KPMIM, so every semester akan hantar dia pi KPMIM dari UPM, tengok betapa gigihnya seorang kakak memenuhi kehendak adik sorang ni! Kadangkadang duduk Kuantan satu malam sebab penat drive and laa akan bawa kami pi makan nasi kukus mama tu. Ayahibu pun suka tau sebab pedas dan sedap! Tiap kali datang Kuantan mesti ayah tanya laa "jum makan tempat nasi sambal pedas yang ayah suka tepi hotel tuuu"  hahaha detail kot ayah mention tiap kali sama je :'D yummih~ 


Tapi since 2016 (tak silap) dah takde dah nasi kukus mama dekat situ sebab kaktyra dengan kawankawan pi pahang untuk #THEGIRLSMARKTHEMAP, and sedih yang amat sebab kempunan nak makan :( But luckily, sebelah hotel kiteorang duduk that time ada "nasi kukus my mama"! Ya Rabbi, rasa macam nak tidur situ je walaupun hotel sebelah kikiki :D Then apa lagi, bawa kawankawan pi rasa, and diaorg pun suka (licin tinggal tulang je wey). Kira macam kawan pun dah approve lah nasi kukus my mama ni! 


For now, laa dah habis belajar dekat KPMIM. And kadangkadang kempunan nasi kukus mama, terbayang ayam panaspanas dengan kuah dan sambal pedas dia hmmm and guess what? Awal tahun ni 2017, Dapur mama dah ada dekat bangi! Dekat dengan tempat stay sekarang wey :D Macam mana tahu? Social Media of course! One day, laa call me just to make me aware that Dapur Mama ada dekat bangi! Siap bagi landmark satu baris dengan ayam penyet wang solo kedai hijau hahahah! Pastu suruh kite singgah beli before balik rumah. Gigih tak gigih budak tu siap call just to inform that one 'so important' news :D So untuk menjadi seorang kakak yang prihatin akan keperluan adiknya itu, I went and bought 4 set of Nasi Kukus. The price is different when compared to Nasi Kukus My Mama, but the taste sama je weyy! SEDAP!


Tempat selesa siap ada air-cond one side of the restaurant! sesuai untuk yang bawa anak-anak.


Macam biasa, boleh pilih nak ayam bahagian favourite ko yas!


Taraaaa! 


Okay, dah terliur ke tu? Warga Bangi sekalian, boleh cuba lepas tu share dengan kaktyra, suka ke tidak :) Nanti kaktyra share details Dapur Mama, in case korang nak waze ke kan :) Selamat mencuba! Jaga diri, jaga hati 




Dapur Mama, Bangi
No. 43A, Jalan 3/69, Seksyen 3, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi, Malaysia
+60 12-631 7846